Bermula 20 Mac 2023, opsyen untuk log masuk ke MyFitnessPal dengan Facebook tidak lagi disokong.
Mengapa anda mengalih keluar opsyen untuk log masuk dengan Facebook?
Kami terus memperkemas dan menambah baik apl kami bagi mewujudkan pengalaman terbaik untuk pengguna kami. Memandangkan terdapat banyak cara untuk log masuk ke MyFitnessPal, kami telah membuat keputusan untuk mengalih keluar log masuk Facebook.
Saya mencipta akaun MyFitnessPal saya melalui Facebook, adakah saya masih mempunyai akaun?
Ya! Anda masih mempunyai akaun MyFitnessPal; walau bagaimanapun, anda perlu menetapkan semula kata laluan menggunakan alamat e-mel yang digunakan untuk akaun MyFitnessPal anda. Anda kemudiannya akan menerima e-mel berserta arahan untuk menukar kata laluan anda. Untuk maklumat lanjut, sila semak artikel Pusat Bantuan kami yang memperincikan proses untuk web, iOS dan Android.
Bagaimana saya boleh mencari alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun MyFitnessPal saya?
Jika anda sudah mengelog masuk ke akaun MyFitnessPal, anda boleh mencari alamat e-mel anda di bahagian Profil aplikasi mudah alih serta laman web kami.
Jika anda belum mengelog masuk dan tidak ingat alamat e-mel untuk akaun MyFitnessPal anda, alamat e-mel itu harus sepadan dengan alamat e-mel untuk akaun Facebook anda. Pusat Bantuan Facebook menyediakan maklumat tentang cara melihat maklumat ini.
Sila ambil perhatian bahawa pengemaskinian alamat e-mel di Facebook tidak akan mengemas kini alamat e-mel akaun MyFitnessPal anda. Jika anda ingin mengemas kini alamat e-mel akaun MyFitnessPal anda, sila rujuk artikel Pusat Bantuan kami.
Saya masih tidak dapat mencari alamat e-mel akaun MyFitnessPal saya; apa yang patut saya lakukan?
Jika anda masih tidak dapat masuk ke akaun MyFitnessPal, sila hubungi pasukan Kebahagiaan Pelanggan kami. Kami akan lakukan yang terbaik untuk mengesan akaun anda dan memberikan maklumat supaya anda boleh menetapkan semula kata laluan anda.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.