Jika senaman yang anda mahu log tiada dalam pangkalan data kami, dan anda mengetahui jumlah kalori yang telah dibakar melalui pemantau kadar jantung atau peranti penjejakan yang lain, anda boleh menambahnya ke pangkalan data peribadi anda dengan beberapa langkah mudah.
Mulakan proses untuk melog senaman dalam buku harian andadan mencari senaman.
Pada skrin hasil carian, klik "Tambah senaman ke pangkalan data" (laman web) atau "Cipta Senaman Baru" (aplikasi mudah alih). Masukkan butiran dan klik "Tambah Senaman" (laman web) atau "Selesai" atau "✓" (aplikasi mudah alih).
Jika anda berminat dengan peranti yang boleh menjejaki penggunaan kalori anda yang sebenar, bolehkah kami cadangkan agar anda melihat ke dalam penyepaduan pihak ketiga kami? Beberapa penyepaduan kami menawarkan penyelesaian untuk memantau kalori anda yang terbakar sepanjang hari, dan boleh mengemas kini matlamat kalori MyFitnessPal anda berdasarkan data ini.
Pada laman ini anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai penyepaduan kami di http://www.myfitnesspal.com/apps. Dalam iOS dan Android dan aplikasi kami, buka laci menu (atau halaman "Lagi") kemudian ketik "Aplikasi & Peranti".